Thursday, May 26, 2011

Kami Bersyukur Di Atas Kurniaan Mu Ya Allah




Salam di ari Khamis.....



Untuk kesekian kalinya blog nih berhabuk, xde mood plus dengan xtau dr mana nk dimulakan sbnrnya......



Actually pd entry kali ini saya nk mengkhabarkan berita baik, rasanya ramai dh tau kot....semuanya gara2 kakak iparku yg gatai pi tulis kt wall FB saya.....Niat di hati nk sorokkan dulu, almaklumla baru lagi....orang kata kalo msh baru x elok war2kan...sejauh mana kebenarannya sy sendiri x pasti....cuma berita tersebut sy khabarkan kepada keluarga terdekat dan sahabat terdekat saya sahaja....



Alkisahnya setelah 2 minggu suami saya duduk bersama di Putrajaya, en hubby adalah menjemput sahabat baiknya ke rumah kami di Putrajaya di samping makan2.....selalunya kami cuma berjumpa di luar dan makan2, so kali ini en hubby menjemput sahabatnya menjamu selera di rumah kami pada 23 dan 24 hb April....Alkisahnya sepanjang sy memasak, sesekali rasa mcm x sedap badan dan terasa loya2 especially bila terlihat bahan2 mentah, smpikan sy x lalu nk menjamah makanan dek disebabkan terbayang makanan tersebut msh mentah....23 hb keadaan sy masih ok cuma sesekali terasa loya....Pada 24 hb tersebut, tengahari itu sy dan en hubby bercadang makan2 di Wong Solo, Bangi (disebabkan keinginan nk makan)....tp sayangnya tengah2 mkn, boleh plak sy rasa mual2 dan x berjaya menghabiskan....usai makan sy makin teruk rasa loya2....Petangnya sy masak mee goreng disebabkan sahabat en hubby nk datang, time ni sy dh mula muntah2 plus rasa loya2 yg teramat sgt.....sudahnya sy terbaring jer pd mlm itu tanpa menyentuh mee yg sy masak pd ptgnya......



Pagi 25 hb April sy MC disebabkan sy msh x sihat....kami ke Klinik An-Nur, Presint 15....Alhamdulillah bila check sy positif pregnant...Syukur kepada-Mu Ya Allah.....eb hubby terlalu gembira sehinggakan terus je mengirimkan khabar tersebut kpd kedua ibu bapa kami....Maka bermulala fasa baru di dalam kehidupan kami berdua dan kami memanjatkan kesyukuran yg tidak terhingga ke hadrat Ilahi di atas kurniaan dan peluang yg diberikan kepada saya.....


Lebih membuatkan sy sebak dan terharu kerana kami sama2 tidak menduga dikurniakan rezeki secepat ini memandangkan sebelum ini kami hanya berjumpa hanya 2 minggu sekali....Saya pernah berada di situasi yg agak stress apabila masuk je kerja selepas cuti berkahwin ada kawan2 yg bertanya sudah 'berisi' atau belum...malah sy ditanya setiap bulan, kdg2 sedih rasanya nk menghadapi dgn org sekeliling.....sy x penah ceritkan pd en hubby disebabkan sy x nak dia rasa tersepit di antara kerjaya dan keluarga... .



Owh ye nanti sy citerkan pulak insiden2 cemas yg berlaku kepada saya yg hampir membuatkan sy putus asa....Di sini saya senaraikan apa yg sy lakukan sebagai salah satu usaha utk hamil....ada yg sy tau dr pembacaan dan ada yg sy tau dr sahabat2...semoga bermanfaat dan saya mendoakan sahabat2 yg lain juga diberi peluang seperti mana saya....Amin...



a) Saya mengamalkan mkn kurma setiap pagi sambil selawat dan diniatkan di dalam hati agar dipermudahkan utk hamil;

b) Setiap petang saya memakan kismis sebanyak 7 atau 11 biji....selawat dan niatkan dalam hati apa jua niat kita;

c) Saya mkn tauge hampir setiap ari samada tauge, org kata elok mkn mentah tp sy x penah mkn mentah2;

d) Saya makan asid folik sebiji sehari, actually bila sy dh lewat period br sy mula mkn aritu, huhuhuh;

e) Setiap kali selepas solat sentiasa berdoa memohon dr Yang Maha Esa;

f) Sentiasa berfikiran positif, x stress n jgn pedulikan apa yg org keliling perkatakan;

g) Saya mengelakkan dari makan sebarang jenis fastfood sebelum kawin sehingga kini;

h) Saya mengelak dari meminum air gas;

i) Saya mengelak dari makan nenas, asam2 atau jeruk2 (dah mengandung disebabkan rasa mual maka asamla yg sy makan sedikit utk kurangkan rasa loya; dan

j) Jangan berputus asa, sentiasa ingat bahawa kita hendaklah berusaha tanpa kenal rasa putus asa, selebihnya Allah yg menentukannya.



Rasanya itu jer, selebihnya tentang kekerapan atau masa ovulasi rasanya ramai yg tahu....Selamat mencuba dan dipermudahkan segalanya....




"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia. Engkau adalah Zat yang menyihatkan, tiada ubat kecuali ubat daripadaMu yang tidak akan membawa sebarang penyakit. Ya Allah, bentukkanlah anakku di dalam kandungan dengan bentuk yang baik, tetapkanlah iman ke atasnya dan iman kepada utusanMu. Ya Allah, keluarkanlah anakku dari kandunganku pada waktu aku melahirkannya nanti dengan mudah dan selamat.Ya Allah, jadikanlah dia orang yang sihat, sempurna, berakal, cerdas, alim dan mengamalkan ilmunya. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkan tubuh badannya, kurniakanlah budi pekerti yang baik padanya. Dan kurniakanlah padanya kefasihan dan kelancaran semasa bercakap dan merdukanlah suaranya untuk membaca Hadis dan Al-Quran supaya mendapat berkat Nabi Muhammad SAW. Segala puji bagi Allah yang menguasai alam ini."

4 comments:

.a.s.y.i.k.i.n. said...

alhmdulillah..tahniah zira!!..wah serentak ngn quiyah..rezeki2...take care okeh!!

azira rais said...

Kein,

ye ke?Alhamdulillah rezeki kami tahun ni....tenkiu my dear, doa2kan semuanya dipermudahkan buat kami...

Zaimun Yahyah said...

Alhamdulillah.. Congrats yer Zira... Semoga Allah permudahkan sepanjang tempoh hamil nih... Jaga diri baik2 yek.. jgn buat keje berat2.. :)

azira rais said...

Zai,
TQ my dear fren....Amin, mudah2an ^_^