Monday, May 30, 2011

Dugaan...



Salam ari Isnin buat semua.....



entry ini adalah lanjutan dr entry sebelum ini dan ia berlaku pada 26 April 2011 yg lalu....ari pertama saya bekerja setelah mengetahui diri ini hamil....Macam biasa saya meneruskan aktiviti di ofis mcm biasa....selesai makan tghari dalam jam 1.45 ptg mcm tu sy nk solat.....seperti biasa sebelum solat sy membuang 'apa2 yg sepatutnya'....namun apa yg peliknya sy terlihat sesuatu di pantiliner, seakan2 warna coklat namun sy tidak mengalami sebarang rasa sakit malah sy tidak sedar langsung akan kehadirannya......saya solat seperti biasa dan sy maklumkan kpd kawan...dia memberitahu selagi tidak rasa sakit atau warna coklat tidak mengapa, namun disebabkan ini kali pertama sy mengalaminya sy terus memberitahu pada suami.....suami mengajak ke klinik dan tanpa membuang masa kami terus ke klinik di Presint 15....apa yg mengejutkan hasil dr scan, Dr memberitahu bahawa dia tidak dpt mengesan denyutan jantung bayi.....sy terkejut dan ketika itu terasa mahu menangis dan berserah sepenuhnya kpd Allah.....lantas sy terus kena refer ke hospital Putrajaya.....saya dan suami terus ke bhgn kecemasan...saat menunggu adalah menyiksakan bagi saya, terus2an sy memanjatkan doa kepada Allah agar diberi kekuatan kepada sy dan suami.....



Alhamdulillah setelah scan kali kedua di hospital, denyutan jantung bayi dpt dikesan...terasa lega sesangat kami suami isteri...Saya diberi ubat utk kuatkan rahim selama seminggu dan perlu dtg semula selepas seminggu....selain itu saya juga diberi MC selama 3 ari utk bed rest atau berehat sepenuhnya di rumah.....Smpi di rumah sy khabarkan keadaan sy pada ayahanda tercinta....esoknya sorang2 abgku dan kakak iparku bertanya khabar dan memberi kata2 semangat kepadaku.....keadaan tersebut membuatkan diri ini terasa sayu tambah lagi mengenangkan sy jauh dr keluarga....sy bersyukur di kala sy disahkan hamil, suami sy telahpun duduk bersama dengan sy dan sekali lg ketika sy di uji, suami sy ada di sisi memberi kekuatan dan dorongan....



Sangka saya cuma spotting sekali itu, rupa2nya keesokan arinya sy masih lg ada spotting, tidaklah kerap...dlm sehari pasti ada keluar sedikit kdg2 setitik berwarna coklat2....setiap kali keluar warna coklat2 tersebut membuatkan hati sy luluh....sy difahamkan bila terjadinya spotting, risiko utk miscarriage itu ada.....pernah sekali ketika suami suapkan sy ubat, automatik airmata sy mengalir....suami sy terkejut dan bertanyakan mengapa, sy tidak mampu bersuara kerana sy takut sy x berdaya melahirkan zuriatnya dan x kuat utk mempertahankan kandungan sy.....suami sentiasa di sisi memberi semangat n menyediakan segala keperluan sy....i love u abg.....



Menjelang ke ari Sabtu, kami suami isteri putuska utk mencuba rawatan homeopati di Bangi....Alhamdulillah selepas mendapatkan rawatan tersebut, spotting telah tiada dan badan saya yg sebelum ini lesu telah kembali segar...yg penting selera mkn sy telah kembali...Jika sebelum ini sy hanya mampu mkn sekeping roti sahaja sehari, namun selepas rawatan tersebut sy berjaya makan nasi semula....Alhamdulillah, sy bersyukur kepada Allah......mudah2an dugaan buat kami berakhir di sini dan semoga anak yg sedang dikandung ini sihat dan sempurna dan menjadi anak2 yg soleh dan solehah, Amin.....



sedikit info mengenai spotting



Adakah pendarahan ringan (spotting) semasa kehamilan itu normal?
Spotting ialah pendarahan ringan dari vagina yang seakan-akan haid, tetapi lebih sedikit. Ia berbeza dari segi warna iaitu dari merah ke kecoklatan. Walaupun ia tidak begitu normal, pendarahan ringan semasa
kehamilan – terutamanya semasa tiga bulan pertama – adalah perkara biasa. Dianggarkan sebanyak 15 hingga 25 peratus wanita mengalami pendarahan pada trimester pertama mereka. Ini selalunya disebabkan oleh sesuatu yang minor atau “hanya salah satu perkara biasa”. Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius yang boleh membahayakan anda dan menimbulkan risiko terhadap kehamilan. Inilah sebabnya adalah amat baik untuk menganggap sebarang pendarahan semasa kehamilan itu sebagai perkara serius dan mendapatkan pemeriksaan doktor.


Apa yang saya perlu lakukan jika saya mengalami pendarahan?
Hubungi doktor anda dengan segera untuk mendapatkan nasihat, walaupun pendarahan itu berhenti selepas sedikit masa. Anda mungkin memerlukan pemeriksaan vagina atau ultrabunyi untuk mengesan sebarang komplikasi dan memastikan anda dan bayi anda adalah sihat. Anda mungkin akan menjalani ujian urin kehamilan dan ujian darah (untuk memeriksa tahap hormon anda). Pemeriksaan menggunakan ultrabunyi "transvagina" selalunya adalah yang terbaik untuk memeriksa sama ada semuanya adalah baik atau tidak. Dalam ultrabunyi transvagina, satu jarum ultrabunyi akan dimasukkan ke dalam vagina anda; ujian ini akan memberikan gambaran jelas tentang posisi bayi anda dan sama ada embrio sedang membesar dengan normal atau tidak. Kesakitan abdomen yang teruk dan berlarutan dengan pendarahan ataupun tiada, mungkin tanda kehamilan di luar rahim - iaitu
kehamilan ektopik - yang memerlukan anda mendapatkan rawatan di hospital dengan segera.


Apakah punca pendarahan semasa awal kehamilan?
Terdapat banyak punca bagi pendarahan pada awal kehamilan, yang mana sesetengahnya lebih serius daripada yang lain. Terdapat dua punca biasa yang menyebabkan pendarahan awal, yang selalunya akan berhenti dengan sendiri tanpa sebarang masalah: • Pendarahan “penebusan” (breakthrough) – hormon yang mengawal kitaran haid anda boleh menyebabkan pendarahan penebusan apabila tiba masa haid anda sekiranya tidak hamil. Sesetengah wanita mengalami pendarahan seperti ini lebih daripada sekali semasa kehamilan, selalunya pada masa biasa
kitaran haid mereka. • Pendarahan "pelekatan" - telur yang disenyawakan akan melekat pada dinding rahim dan ini menyebabkan pendarahan. Anda mungkin mengalami sedikit pendarahan, yang selalunya berlaku selama satu atau dua hari. Satu lagi punca pendarahan yang jarang ialah kehamilan molar. Ini berlaku apabila embrio tidak membesar dengan betul tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal. Untuk keselamatan anda, kehamilan molar dan ektopik mesti digugurkan dengan segera. Pendarahan mungkin disebabkan tanda terdapatnya keadaan yang memerlukan rawatan dan ini adalah tanda yang anda perlu mengawal secara rapi sepanjang kehamilan anda. Pendarahan boleh disebabkan oleh: • Rengsa atau radang serviks - hormon kehamilan boleh menukar permukaan serviks (bahagian bawah dan laluan masuk ke rahim anda) membuatkan ia cenderung untuk berdarah. Anda mungkin berdarah sedikit selepas hubungan seks atau calitan serviks, sebagai contoh.


• Jangkitan serviks atau vagina.

• Polip serviks – satu tumbuhan kecil dan tidak berbahaya yang terbentuk dalam serviks.

• Fibroid – terutamanya fibroid besar yang tumbuh pada dinding rahim atau fibroid yang terletak di mana plasenta terlekat.

• Penyakit pendarahan keturunan – seperti penyakit Von Willibrande.

"Kembar yang menghilang" - apabila satu atau lebih embrio dalam kehamilan berganda habis nyawa dan meninggalkan satu embrio lagi. Ini boleh berlaku dalam kehamilan normal tetapi ianya lebih kerap berlaku dalam penghamilan yang dibantu yang mana lebih daripada satu embrio dilekatkan. Pendarahan juga boleh disebabkan oleh trauma seperti jatuh, kemalangan jalan raya atau sebagai hasil dari keganasan rumahtangga.


Apakah makna pendarahan semasa awal kehamilan?
Senario paling teruk ialah pendarahan menunjukkan kehamilan anda akan berakhir. Pendarahan boleh menjadi tanda awal
keguguran atau kehamilan ektopik, terutamanya jika disertai dengan kesakitan abdomen atau kekejangan. Anda perlu bersedia untuk menghadapinya tetapi jangan berputus asa. Bergantung kepada punca, kebanyakan kehamilan boleh diteruskan walaupun terdapat masalah pendarahan awal. Dianggarkan kira-kira separuh daripada wanita yang memerlukan bantuan disebabkan pendarahan pada awal kehamilan berjaya melahirkan bayi mereka.


Apakah punca pendarahan di akhir kehamilan?
Pendarahan pada trimester ketiga mungkin tanda keadaan yang dinamakan
plasenta previa, plasenta abruptio (apabila plasenta terpisah dari rahim) atau perlahiran pramatang. Jika anda dapati pendarahan berlaku selepas minggu ke-37, mungkin ia tanda serviks mula lembut dan mengembang. Anda mungkin sedar adanya lelehan mukus bercampur darah – menunjukkan bahawa sebahagian penyumbat mukus yang menutup serviks anda semasa kehamilan sudah tanggal. Kejadian ini dinamakan "petanda" (show) dan merupakan salah satu petunjuk yang proses perlahiran akan bermula.


Adakah bayi saya berisiko?
Sukar untuk meramalkan sama ada pendarahan akan berakhir dengan
keguguran atau tidak. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang menunjukkan kemungkinan keguguran berlaku amat tinggi. Ini termasuk: • pendarahan yang semakin banyak; • umur anda – jika anda di bawah 25 tahun atau lebih daripada 35 tahun, risiko untuk keguguran adalah tinggi; • sama ada anda merokok atau terdedah kepada perokok pasif – kedua-duanya dikaitkan dengan keguguran; • mempunyai sejarah keguguran. Pendarahan ringan pada awal kehamilan dikaitkan dengan sedikit peningkatan risiko bagi sesetengah komplikasi kehamilan seperti praeklampsia dan kelahiran pramatang - apabila bayi dilahirkan sebelum minggu ke-37 kehamilan. Plasenta abruptio (apabila plasenta terpisah dari rahim) pada akhir kehamilan juga dikaitkan dengan pendarahan di awal kehamilan. Pendarahan banyak pada awal kehamilan juga berkait rapat dengan masalah plasenta seperti plasenta praevia, plasenta abruptio, dan mempunyai bayi bersaiz kecil berbanding tarikh-tarikh berkaitan. Walaupun semua ini seperti amat menakutkan, pendarahan ringan lazimnya hanya merupakan satu misteri yang tidak berbahaya.



5 comments:

az-ila said...

sabar ye zira..zila pun mcm tu jugak dulu..kuatkan semangat semoga selamat semuanya..amin

azira rais said...

terima kasih Zila....Alhamdulillah dh ok pun, time tu baru 8 mggu...skrg ni dh 13 mggu, syukur dh xde spotting lg

Zaimun Yahyah said...

Ya Allah Ya Tuhankan.. permudahkan perjalanan kehamilan kawanku ini.. Kuatkanlah rahimnya dan sempurnakanlah zuriatnya. Semoga kawanku tabah melalui dugaan sepanjang kehamilan ini. Amiinn...
Zira - Be strong ya.. Insyaallah xde pape. Cuma zira kene byk2 rehat k.. Take Care.. ;)

azira rais said...

Zai,
TQ my dear....Amin, mudah2an...thanks 4 ur advice

Asu said...

Assalam zira, sorry sy mmg tgh cari info psl pendarahan ketika hamil ni.boleh sy tau nama dan location klinik homeopathy tu? Psl dah 3 mggu sy bleeding non stop.kdg2 byk, kdg2 sikit.sgt risau fikirkan keselamatn baby..