Monday, June 27, 2011

Alkisah mengidam....

spaghetti meatball, yummy


Sup ketam



Bismillah dan salam pagi Isnin buat semua....

Alkisahnya ari Jumaat lepas saya mengidam nk mkn sup ketam, semuanya gara2 duk berborak dgn rakan sekerja dari Labuan menyebabkan saya teringin nk mkn sup ketam.....hasrat hati saya suarakan kepada bonda tercinta disebabkan saya dan encik suami berhajat pulang ke Ipoh.....sebaik tamatkan perbualan dengan bonda, saya terima text dr en suami yg mengkhabarkan dirinya perlu ke ofis ari Ahad dan terpaksa cancel plan utk pulang ke kampung halaman...wpun kecewa, namun saya nekad utk memasak bersama suami utk tunaikan hasrat hati.......setelah resipi di print saya pulang ke rumah seperti biasa.......

Dalam jam 7 ptg, terima panggilan dari ayahanda tersayang yg memberitahu mak dan bapak beserta abg Man sekeluarga jadi dtg ke KL esok....terus rasa girang di hati sambil menyanyi2 time 2.....kegembiraan kedatangan keluarga melebihi keinginan sy pada sup ketam ketika itu....Bundle of joy pada esoknya bila ayahanda membawa bersama ketam dan udang dari Ipoh...mujurla bapak bawak sebab jenuh mencari ketam di pasar2 Putrajaya tapi mmg x ketemu....mood suka sgt, so saya dan suami sekadar membeli bahan2 utk memasak tghari itu....Disebabkan gembira, saya text abg2 yg lain dan semuanya bercadang ke rumah saya Sabtu itu....sukanya dpt berhimpun ramai2, hehehe

Walaupun saya masih alah tp disebabkan gembira, saya berjaya juga masak ari itu...Menu tengahari tersebut adalah:


a) Nasi putih;

b) Sup ketam;

c) Ketam masak lemak cili api, masakan mak (yummy yummy);

d) Sup tulang, mak bawak dari Ipoh;

e) Bayam tumis air beserta cendawan; dan

f) Udang celup tepung.

TQ to my dear husband sebab membantu isterinya ini di dapur dan sentiasa membancuh air utk tetamu yg datang.....Sesak juga rumah kecilku bila kesemua keluarga berkumpul cuma kali ni adik ku x de sama kerana dia ke Genting bersama sahabat2nya.....

Usai makan tengahari, saya memotong buah mempelam utk dicicah dengan kuah rojak sbg pencuci mulut....Time duk potong buah pelam, anak2 sedaraku masing2 mengadap n tggu depan pinggan je, hehehe kelakar n sungguh comel...Petangnya pula, saya menggoreng karipap dengan air teh panas...abg Ei membawa pasembor buat juadah tambahan, Elwa membawa muffin pisang....mmg kenyang je rasanya sepanjang hari....Dalam jam 6 ptg, saya dan suami membawa 3 ank saudara yg besar ke taman di bawah....Saya menjaga yg perempuan, suami saya mengawal Akmal, kesian tgk suami berlari2 mengikut Akmal yg x reti duduk diam....indahnya perasaan saya ketika itu.....

Pagi Ahad, saya memasak mee goreng buat keluarga....Dalam jam 10 pagi kami bergerak ke puchong utk ke rumah abg ji dan makan tenghari di sana...Elwa menjamu kami dengan ayam masak gajus, daging masak merah, dan masak lemak taugeh + tauhu....Dalam jam 4 ptg, kami ke Subang Bestari pula utk ke rumah abg Ei....kak Izlina hidangkan kepada kami Spagetti Meatball, Sup Ayam, dan keropok lekor....meriah rumah abg Ei bila semua berkumpul n berlari......

Indahnya perasaan saya hjg minggu lepas, ternyata momen bersama keluarga adalah momen paling indah dalam hidup saya...I love all of them very much, semoga keakraban kami sekeluarga berkekalan hingga ke akhir...Amin...


2 comments:

Pija Madzlan said...

sedapnya makan.....dah lama takmerasa ketam dan rindu ketam mak juga :|

azira rais said...

kak Pija,

betul tu kak, masakan mak semuanya sedap2 belaka....