Bismillah dan salam buat semua....
Actually entry ni dah terlepas beberapa hari tp saya nak up kan jugak memandangkan ia adalah dedikasi khas buat ayahanda saya yang tersayang......
Pada tanggal 7 Mac 2012, genaplah usia ayahanda tersayang yang ke-59 tahun...semoga usia bapak dipanjangkan lagi, dimurahkan lagi rezeki, dikurniakan kesihatan yang terbaik dan kita sekeluarga hidup bahagia sehingga ke akhir hayat....
Pada tanggal 7 Mac 2012, genaplah usia ayahanda tersayang yang ke-59 tahun...semoga usia bapak dipanjangkan lagi, dimurahkan lagi rezeki, dikurniakan kesihatan yang terbaik dan kita sekeluarga hidup bahagia sehingga ke akhir hayat....
Mm bercerita ttg ayah mmg banyak pengorbanan yang bapak lakukakn kepada diriku, x perlu saya mencatatkan satu persatu kerana saya tahu tidak terhitung banyaknya...antara yg meninggalkan kesan yg mendalam buat diri ini adalah:
a) Sewaktu saya masuk darjah 1, setiap ari bapak akan menemankan saya di sekolah...sampaikan kalo bapak xde kt tingkap saya pasti akan menangis....perkara ni berlanjutan sehingga ke seminggu lamanya;
b) Sewaktu saya darjah 5/6, pernah sekali saya demam dan ketika itu bapak outstation ke KL...demi terdengar sahaja anaknya demam, bapak terus bergegas pulang dengan menaiki bas dan membawa saya ke klinik....setelah keadaan saya ok, bapak kembali ke KL dengan menaiki bas;
c) Sewaktu di zaman universiti, pernah sekali saya demam panas....pada awalnya saya tidak memberitahu bapak kerana tidak mahu dia risau, tapi agaknya instinct seorang ayah kot....bila dia telefon n terdengar sahaja suara anaknya yg tidak bermaya terus bapak ke Muadzam Shah menjenguk saya di sana keesokan arinya;
d) Di hari pernikahan saya, saya menyaksikan bapak menitiskan airmata.....pasti bapak berat hati melepaskan tanggungjawab menjaga dan mendidik anak perempuannya kepada orang lain....Setiap kali mengenangkan momen ini, pasti airmata saya bergenang....anakanda sayang pada bapak sehingga ke akhir hayat;
e) Ketika saya kesakitan untuk melahirkan anak pertama, selain suami, bapaklah insan yang bersusah payah mengurut pinggang dan menenangkan saya ketika itu sehinggakan saya perasan bapak sanggup tidak makan kerana risaukan saya;
f) Setelah habis berpantang, saya diuji dengan ujian yang saya kira paling berat saya hadapi....tersepit di tengah2 di antara untuk menjaga hati orang lain dengan kebaikan utk anak saya sendiri...saya kira saya tidak berpeluang meluahkan perasaan saya ketika itu kerana saya lemah dan pasti menangis sekiranya saya berbicara hal tersebut dengannya, maka kepada bapak lah saya luahkan segala rasa....dengan bapak, saya bebas untuk menangis dan saya tahu bapak lebih memahami saya.....
Saya rasa cukuplah sekadar itu saya mencoretkan tentang pengorbanan yang bapak curahkan kepada saya sebelum saya betul2 menangis mengingati setiap pahit manis kami bersama....Ya sayangkan bapak dunia akhirat...walaupun Ya dah menjadi milik orang lain, tapi kasih sayang Ya pada bapak x pernah berubah....i love u dad!
No comments:
Post a Comment