Bismillah dan salam buat semua....
Rasanya terlalu lama tidak mencoretkan sesuatu di sini...kesibukan di pejabat dan dalam proses adaptasi suasana baru menyebabkan saya tidak punya kesempatan....kadang2 saya tertanya2 mcm ibu2 lain yang punya anak kecil menguruskan kehidupan mereka agaknya....saya akan melakukan yang terbaik buat anak-anak saya, insya-Allah mudah2an semuanya dipermudahkan buat saya sekeluarga......
9 Mac 2012, ari Jumaat genaplah anakanda tersayang berusia 3 bulan.....makin banyak akal anak umi ni, geram kadang2 dibuatnya....Antara perkembangan Safiyya sejak masuk 3 bulan ni adalah:
a) Setiap kali Safiyya mengantuk time menyusu dia akan menarik baju saya untuk menutup matanya;
b) Dah mula hisap jari tangannya kalo dia rasa lapar, kadang2 dia akan bermain dgn air liurnya untuk memberi isyarat yang dia lapar nk susu;
c) Suka tengok tv, kalo dah bosan dia akan buat2 batuk atau merengek2 manja;
d) Buat muka sombong dengan umi bila daddy dia dukung...eee, ngada2;
e) Tido malam dah x nak kena peluk sebab panas;
f) Kalo mengantuk sangat akan tenyeh mata sambil tarik2 telinganya;
g) Paling meruntun hati umi setiap kali bangun pagi, Safiyya akan hadiahkan senyuman kepada uminya......oh indahnya rasa
h) Posisi nak tido yang digemari sekarang adalah mengiring;
i) 2 ari sebelum menjengah usia 3 bulan, Safiyya dah pandai gelak mengekek;
j) Permainan kegemarannya sekarang adalah mr bee bee dan kitty kitty (baby wipes)...setiap kali saya goyangkan kedua2 benda ni pasti Safiyya gelak;
k) Suka tengok umi setiap kali umi sikat rambut...Safiyya nk rambut panjang mcm umi jugak yer......
Sekarang Safiyya dah mula berada di nurseri ofis, walaupun anak umi tidak berapa gemar menyusu menggunakan botol namun umi percaya lambat laun Safiyya akan faham kenapa Safiyya kena menyusu guna botol....umi dan daddy sayangkan Safiyya yer....
1 comment:
hmmm..she's so sweet n smart..ateh jugak sygkan safiyya..
Post a Comment