Monday, July 23, 2012

Demam Panas + Tekak Bernanah n Berdarah

umi, kita nak pegi jalan2 ker ni?


Bismillah dan salam buat semua....Seperti dijanjikan saya buat entry khas untuk ini di mana saya ingin mencoretkan tentang ujian yg saya hadapi genap 2 minggu sebelum umat Islam berpuasa. Alkisahnya pada tengahari Jumaat (6 Julai 2012), seperti kelaziman saya menemui anakanda tersayang di nurseri pejabat. Sedang saya berbaring di samping Safiyya tiba2 saya rasa kesejukan yg amat sangat dan rasa sengal2 badan. Habis waktu rehat saya kembali ke pajabat semula dan mula rasa lain. Tekakpun dah rasa perit. Saya text suami n memberitahu keadaan saya memandangkan kami bercadang untuk pulang ke kampung halaman malam itu. Pulang ke rumah dalam keadaan tidak berdaya saya menyuapkan anakanda makan. Selesai segala urusannya saya terbaring di ruang tamu sambil Safiyya bermain sendirian (maafkan umi sayang sebab x dapat temankan sayang main2 ketika itu). Menjelang Maghrib, suami text saya n memberitahu agar saya bersiap kerana dia dah otw utk pulang ke rumah dan akan terus bergerak pulang ke kampung halaman. Saya gagahkan diri untuk mengemas beg kami namun saya hanya berdaya menyiapkan beg dan barang keperluan Safiyya sahaja.



Sebaik suami pulang, saya terbaring lesu di samping Safiyya. Suami menyuruh saya tidur dahulu kerana mungkin saya terlalu penat n kurang berehat. Saya bangun tidur jam 9.30 mlm dan terasa ok sedikit n memutuskan untuk pulang ke Ipoh juga. Kami memulakan perjalanan jam 10 mlm dan tiba di Ipoh jam 4.30 pagi disebabkan ada kemalangan di Bukit Tagar. Sampai di rumah saya, saya menggigil kesejukan namun saya paksakan diri untuk tidur dan berehat juga. Pagi itu Safiyya bangun awal dan saya juga turut sama bangun untuk menemankannya bermain seperti biasa. Segera madu dan habatus Sauda saya makan dan badan saya terasa ok seketika. Menjelang tengahari demam saya semakin panas dan kami pula dlm perjalanan pulang ke kampung suami di Grik. Hajat nk mkn durian tidak kesampaian kerana saya demam. Melepek ajelah saya di kampung halaman suami, mmg x berdaya. Petang itu pulang ke rumah mertua dan kali ini suami benar2 terkejut kerana badan saya panas sgt, dituamnya dahi saya dengan tuala basah. Berkali2 saya diajaknya ke klinik namun saya tetap berkeras tidak mahu kerana Safiyya dah tidur dan saya tidak mahu mengganggu lenanya itu. Namun saya berjanji untuk ke klinik esoknya, huhuhu....

Lepas Zuhur, Ahad - sebelum pulang ke rumah saya, saya ke klinik berhampiran. Doktor memeriksa dan mengatakan suhu saya dah tinggi dan tekak saya bernanah. Diberinya saya ubat dan antibiotik namun Dr pesan untuk berhenti menyusukan anak saya sekiranya mengambil antibiotik kerana ia akan memberi kesan kepada anak saya. Dengarkan itu, saya terkesima dan terkedu....Bagaimana saya nak menghentikan penyusuan sedangkan saya tidak membawa pam dan botol susu Safiyya. Sudahnya saya bertekad untuk tidak mengambil antibiotik tersebut demi kepentingan anak saya. Memandangkan saya mendapat MC, suami pulang sendirian ke Putrajaya manakala saya stay di rumah keluarga di samping menemankan ibu saya. Hari Isnin demam saya on off, setiap kali kesan ubat dah habis saya pasti akan demam semula. Pelbagai cara saya guna, lumur kepala dengan lendir lidah buaya, tuam dengan asam jawa, mandi malam namun semuanya belum menampakkan hasil. Hari Rabu, saya terjaga di awal pagi untuk ke tandas, apabila saya meluahkan kahak alangkah terkejutnya saya kerana yang keluar adalah darah. Terus saya menggunakan ubat untuk berkumur yg Dr bekalkan. Sebelum ini saya hanya berkumur menggunakan air garam sahaja. Demam masih belum kebah ditambah pula dengan tekak saya berdarah.

Keesokan harinya saya memberitahu pada mak keadaan saya dan saya mula terasa down sangat2. Setiap kali menyusukan anak saya, saya menangis dan meluahkan kepadanya segala isi hati saya. Kepada Allah Taala saya panjatkan doa agar diberi kesembuhan kepada saya yang serba tidak berdaya ini. Hari Rabu itu, abang saya memberi ubat dari klinik kesihatan dan ada bersama antibiotik yang boleh diambil sekiranya menyusu badan ataupun mengandung. Syukur Alhamdulillah demam saya kebah sepenuhnya dan tinggal hanya tekak berdarah. Saya stop makan ubat dan cuma mengambil air gamat yg dicampur madu 2 kali sehari untuk mengubati luka di tekak saya dan keadaan saya beransur pulih. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana di kala saya diuji dengan kesakitan, namun saya masih kuat untuk menyusukan yang tersayang. Dan Safiyya pula sepanjang seminggu saya tidak sihat ini dia langsung tidak meragam, syukur sangat2 kerana dia tidak berjangkit.



p/s:

Safiyya sayang, andai suatu hari nanti Safiyya membaca coretan umi ini ingatlah akan pengorbanan yang umi lakukan untuk Safiyya. Bagi umi, biarlah umi menanggung sakit asal tidak memudaratkan anakanda tersayang...umi sayang Safiyya dunia akhirat.


3 comments:

Syafiqa Aziz said...

Salam... tersentuh sy baca part last tu.. sy pun mengalami perkara yg sama dgn akak.. first kena badan seram sejuk, lps tu sengal2 badan. Tekak perit. Gusi berdarah. Dh jumpa dr, dia syak ada pendarahan dalaman. Sy selalu rasa mcm ada darah dlm mulut, sy ludahkan, mmg ada darah. Ni kena amik darah hari2, sbb platelets semakin turun.. lemah sy. Tp pasti ada hikmah.. sy pernah mengalami tibi tulang dan otak dua tahun lps.. bulan 1 sy disahkan clear.. tp masih menjalani rawatan..

Unknown said...

salam, mulut berdarah tu ada dapat simptom lain tak mcm mulut berbau? sbb saya pon dapat benda yg sama. reply saya di rahmat.ansm@gmail.com

Anonymous said...

Salam sekarang saya mengalami benda yang sama . mcm akak , rasa tak berdaya langsung exam pun sush nak fokus, ada tak pantang larang makanan y doktor tak bagi? Klw mnum air panas , nanah tu hilang tk? Akak saya exam sush nak bgi tumpuan exam , smpaila sya jumpa blog ne..