|
Safiyya ketemu kawannya di jeti Sungai Melaka |
Bismillah dan salam buat semua....
Tanggal 30 November 2012, kami sekeluarga berkesempatan cuti-cuti ke Melaka Bandar Raya Bersejarah. Sempena untuk menghadiri majlis pernikahan dan resepsi sahabat baik suami, kami ambil peluang untuk cuti-cuti di sana. Sama-sama amik cuti ari Jumaat untuk berjalan-jalan sekitar Melaka. Alhamdulillah kami selamat sampai di Melaka jam 10.30 pagi dan destinasi pertama kami adalah Muzium Maritim. Actually melawat tempat bersejarah especially muzium mmg kesukaan kami suami isteri....tambah-tambah suami saya memang peminat sejarah. 2 muzium jugaklah kami melawat di sini....Safiyya lagi sakan berjalan x hirau umi n daddy dia kt mana. Cumanya percutian kali ini tugas saya agak mencabar sedikit memandangkan sepanjang masa saya perlu mendukung Safiyya (tugas yg lazimnya suami saya yg galas) memandangkan suami saya sakit belakang beberapa hari sebelum.
Lawatan seterusnya ke Kapal Portugis (betul ke ye?hehehe)...dalam jam 12.30 tengahari kami meneruskan misi untuk mencari masjid untuk suami solat Jumaat di masjid berhampiran. Usai Solat Jumaat, kami meneruskan percutian kami di Kota Melaka sekali lagi, kali ini misi kami untuk mencari asam pedas....setelah sesat barat dan seletah suami berhempas pulas mengerah memori ingatannya kembali ke tahun lepas, akhirnya kami berjumpa juga dengan restoran asam pedas yg dicari....Syukur Alhamdulillah atas rezeki-Mu Ya Allah. Perut dah terisi, kami meneruskan perjalanan menaiki Menara Taming Sari dan menaiki bot menyusuri sungai Melaka pula. Memang berbaloi baloi sebabnya sbg pemegang mykad, harga tiket yg dikenakan separuh dari harga yg dikenakan kepada foreigner....Oh ye ada insiden yg berlaku waktu naik bot di mana elok je bot bergerak, Safiyyapun melepaskan 'hajat'nya....adeh, bayangkan perjalanan selama 40 minit tu serba x kena dibuatnya kerana risau org lain terganggu dek 'bau' nya, dengan Safiyya yg memang x selesa bila dah melepaskan 'hajatnya' lagi....awal2 jer enjoy pastu saya dan suami dah x sabar nak sampai ke destinasi...hehehe
Jam 6 petang kami bergerak ke homestay dan menghadiri majlis pernikahan sahabat suami usai solat Isyak. Keesokan arinya kami bersarapan bersama sahabat suami pekena roti canai yg saya kira mabeles jugakla....Then gerak semula ke Kota Melaka bersama sahabat suami dan destinasi kami adalah ke Kota A-Famosa pula....dalam jam 12 tengah hari barulah kami pulang untuk bersiap ke majlis resepsi pula....Ok, enjoy some pics taken.....
|
bersama keluarga sahabat suami, Adura |
|
posing depan pelamin....Safiyya sibuk nak amik bunga plak |
|
Menyusuri Sungai Melaka...ala-ala kat Paris plak, kononnn |
|
Kat Menara Taming Sari....punyala Safiyya x reti gayat sampai duk jalan jalan time benda tu bergerak... |
|
Kapal Portugis ke Belanda ek? |
|
dengan daddy plak kt dalam muzium |
|
tahniah buat pengantin baru.... |
No comments:
Post a Comment