Entry ini agak lewat tapi bagi saya better late than never....sekarang memori untuk dikenang di masa akan datang. Alhamdulillah pada 9 Disember 2012 (Ahad) yang lalu Safiyya genap berusia setahun. Terasa sungguh cepat masa berlalu tanpa saya sedar dia dah makin membesar dengan jayanya.
Sempena ulangtahunnya yang pertama saya dan suami merancang untuk mengadakan doa selamat secara kecil-kecilan. Niat asal sekadar menyediakan pulut kuning dan disedekahkan di surau rumah mak mertua namun ia menjadi besar-besaran pula. Alhamdulillah rezeki anak. Terima kasih yang tidak terhingga buat ibu mertua saya yang menyediakan masakan yg super duper enak, ayah mertua yg sponsor khemah walaupun kesihatannya pada hari itu kurang mengizinkan dan juga kepada adik ipar saya yang membantu sehingga selesai majlis. Menu yang mertua sediakan pulut kuning + rendang ayam, laksa, mee goreng, agar-agar. Majlis dimulakan selesai solat Asar dan selesai sehingga Maghrib. enjoy some pics...credits to Ela sebab sudi memberi gambar sekitar majlis tersebut. Terima kasih juga diucapkan buat keluarga saya yg sudi hadir (Alhamdulillah semua datang), jiran tetangga dan sahabat handal yg sudi hadir.
budak yg dah setahun...dah x baby lagi yer... |
tak boleh duduk diam-diam |
Safiyya dengan sepupu-sepupunya |
time ni dah berebut pisau dengan uminya |
kek besday girl-pemberian daddy |
antara tetamu yg hadir |
penuh rumah dengan adik-beradikku...huhuhu |
Safiyya dengan hadiahnya |
sempena besday Safiyya, umi bagi goodies kat kawan nursery n ofis... |
a) Dah boleh berjalan dengan lancar...syukran Ya Allah
b) Dah mula makan makanan keluarga wpun kadangkala dia refuse dan keluarkan semula...
c) Dah mula pandai menjerit sekiranya nak mendapatkan sesuatu akan dapatkan juga
d) Dah pandai buat muka sedih bila umi cakap "amboi"
e) Dah faham maksud kakak
f) Bila sebut fish, dia akan sebut ishhhh
g) Bila sebut cat, automatik dia akan buat cara nak panggil kucing
h) Dah reti sebut daddy tapi umi dipanggilnya mak
i) Belum tumbuh gigi lagi..
j) Dah reti melambai apabila kita sebut bye....
k) Bila kita hulur tangan untuk salam, dia akan cium sambil gigit tangan kita
l) Pandai merajuk
m) Reti menggelengkan kepalanya untuk menyatakan tidak mahu didukung, tidak mahu makan ubat ataupun tidak mahu makan
n) Genap setahun saya exclusive BF Safiyaa, syukran Ya Allah...semoga azam untuk menyusukannya sehingga 2 tahun tercapai, Amin.....
p/s :
Safiyya sayang, umi dan daddy doakan Safiyya menjadi anak yg solehah dan menjadi kakak yg terbaik dalam mendidik adik-adiknya (insya-Allah)...semoga membesar sihat, aktif dan sentiasa menjadi sahabat yg terbaik buat umi n daddy...love u sayang with all my heart n soul, mmmuaahhh!
No comments:
Post a Comment