Bismillah dan salam buat semua....
Tanggal 29-30 Disember yang lalu, kami sekeluarga berpeluang cuti-cuti terakhir untuk tahun 2012. Percutian kali ini kerana family day ofis suami yg anjurkan....actually xde aktiviti apa-apa, juz bersantai untuk merehatkan fikiran sahaja, kiranya hadiah dari bos untuk kesemua kakitangannya. Terima kasih boss, next year leh join lagi...insya-Allah.
Perjalanan kami sekeluarga dimulakan seawal jam 8.30 pagi. Syukurlah Safiyya memang jenis bangun awal, makanya pagi tersebut mood diapun ok sahaja dan selamat sampai di Bukit Tinggi jam 11 pagi. Check-in hotel dan terus bersiar-siar di sekitar kawasan dan seterusnya menaiki bas untuk ke Taman Jepun dan Taman Botani. Bersantai bersama menikmati alam yang cukup indah kurniaan Ilahi, sempat juga kami menikmati teh hijau di Taman Botani. First time ever minum teh sepanjang menyusukan anak dan saya tidak akan meminumnya lagi. Bukan apa, teh memang bukan kegemaran saya wpun sesedap mcm mana sekalipun, huhuhu....
Pulang semula ke hotel untuk berehat jam 4.00 petang. Cadangnya nak bawak Safiyya mandi swimming pool, punyalah excited membeli baju dia sehari sebelum last2 kul 5 petang dia terlena jua.....kul 6.30 petang barulah dia bangun....karang kalo bawak, sekejap pulak dia mandi, lagipun malam tu ada dinner beramai-ramai di hotel maka hasrat tersebut ditunda sahaja. Jam 8.00 malam kami dinner bersama rakan sepejabat suami. Usai makan, kami bersiar-siar ke kawasan sekitar sambil menghirup udara malam. Melihatkan Safiyya gembira, umi n daddy juga turut gembira. Sampai dia keletihan barulah kami pulang ke bilik untuk rehat dan tidur.
Keesokan harinya, selesai sarapan di hotel kami bergerak ke Taman Arnab aka ala-ala mini zoo. Bukan kemain Safiyya excited nak mengejar keldai. Daddy plak nak bagi Safiyya naik, umi jer berkeras x mo bagi...bukan apa, buatnya Safiyya berdiri atas keldai tu x ke naya orang yg menarik keldai tu. Budak lain elok jer duduk diam....umi ni faham sangat perangai anak dara tu, duduk diam sekejap jer...lepas tu ada jer idea bijak dia nak buat. Dalam jam 12.30 tengahari kami bergerak pulang ke Ipoh memandangkan daddy ada urusan keje di negeri-negeri belah utara. Niat awal saya amik cuti untuk temankan suami ke sana sekali namun last minute suami minta saya stay sahaja di rumah untuk berehat. TQ abang, i love u so much....last but not least, x lengkap rasanya cerita tanpa gambar kan?so enjoy.....
No comments:
Post a Comment