Monday, May 21, 2012

Safiyya demam campak....

Bismillah dan salam buat semua.....

Sejak bergelar ibu ni, rasanya umi nya memanjang jer cutinya....almaklumla kdg2 bila Safiyya x sihat ckit saya akan mengambil cuti (sebenarnya umi dia mmg xcited nk cuti sbb leh luang masa dgn yg tersayang, hihihi)...Namun demikian saya tetap mendoakan kesejahteraan dan kesihatan anakanda tersayang saban waktu...

Rentetan dari anak saya dedar2 seminggu sebelumnya akhirnya pada hari Rabu, 16 Mei 2012 (genap Safiyya berusia 5 bulan 7 hari) tepat jam 6.00 pagi dia merengek2 ketika kami suami isteri ingin mengerjakan solat Subuh. Selesai solat saya menyusukan anak saya seperti biasa namun anak saya seperti tidak selesa dan masih merengek2. Saya merasakan kepalanya agak panas dari biasa dan jarinya juga terasa panas. Pantas termometer saya capai dan melihat suhunya dh mula mencecah 37.8 darjah celcius dan semakin menaik. Setelah berbincang dengan suami, kami putuskan utk membawa anakanda ke KK Presint 9. Jam 8.00 pagi kami dah ke sana namun alangkah kecewanya apabila Dr mengatakan anak saya tidak demam, padahal anak saya dh merengek2 x sedap badan. Saya katakan pada Dr yg saya baru tuam dahi anak saya dgn tuala basah, mungkin sebab tu suhu anak saya mungkin turun namun Dr tetap menidakkan anak saya demam.Maka pulanglah saya ke rumah dan suami bekerja seperti biasa manakala saya terus cuti sebab x sedap hati nk hantar anak dalam keadaan dia sedemikian.

Menjelang petang Safiyya masih berkeadaan sedemikian, masih merengek2 dan tidurnya tidak lena. Apabila suhunya mencecah 38.6 darjah celcius, saya terus text suami meminta izinnya untuk keluar rumah membawa si kecik ke klinik An-Nur. Walaupun badan saya terasa lemah namun saya gagahkan diri juga untuk drive kereta ketika itu, dalam hati x henti2 berdoa kepada Yang Maha Esa agar diberi kekuatan dalam menempuh ujian yg diberikan. Selesai urusan di klinik jam 4.00 petang dan lantas saya memberi ubat yg diberi oleh Dr kepada anakanda dan dia tidur lena. Menjelang petang hari, anak saya kembali lincah dan cergas namun saya terlihat bintik2 merah di pelipat lengannya. Saya kira mungkin ruam sbb anak saya berpeluh.

Apabila ayahnya pulang dari pejabat jam 6.30 petang, Safiyya semakin cergas dan terdengar ketawa manjanya (ketawanya yg saya rindukan sepanjang hari itu). Suhu badannya sentiasa saya pantau, Alhamdulillah suhunya semakin menurun dan Safiyya kembali cergas dan aktif seperti biasa. Saya suarakan kepada suami akan bintik2 di lengannya dan pada masa itu bintik2 merah juga dh kelihatan di mukanya dan suami katakan mungkin ruam disebabkan cuaca panas. Malam itu, muka Safiyya makin naik merahnya dan dalam masa yg sama saya sedang text dgn ayah mertua dan saya suarakan kebimbangan saya. Ternyata kami sependapat dengan gerak hati kami dengan mengatakan Safiyya demam campak.....

Keesokan arinya, kami berdua bercuti dan membawa anakanda ke klinik berhampiran dan Dr mengesahkan yg Safiyya demam campak, lotion diberi utk kurangkan rasa gatal/miang di badannya....Safiyya mmg x menggaru kecuali time tido dia akan gosok matanya...good girl sayang, love u!!

Ari Jumaat, daddy Safiyya kembali bekerja manakala uminya masih bercuti dan ruam2 merah di muka dan badannya mula surut dan Alhamdulillah ari Ahad anak saya dh sembuh sepenuhnya.......


 time Safiyya demam

 bintik2 merah mula kelihatan di dahi, umi ingatkan sebab Safiyya gosok2 mata nk tido

 ni betul2 dah kena campak nih

 kesian kt anak umi ni, syukur x meragam...sayang sgt2 kt bobot

umi sapu losyen kt satu badan Safiyya.....


6 comments:

az-ila said...

Assalamualaikum zira,

zila rasa tu bukan campak sbb zila pun pernah alami mcm ni masa aisyah umur 6 bulan dulu..mula2 dia demam dgn suhu yg agak tinggi cecah 38 darjah..lps suhu turun naik bintik2 merah mula2 kat muka pastu hampir satu badan..ingatkan campak tapi rupa2nya ruam selepas demam..ni doktor yg cakap sbb keadaan ni mmg biasa berlaku bila habis demam..kiranya ni tindak balas badan dgn virus demam tu..tp mmg bukan campakla sbb lepas sehari dua dah hilang..kalau campak dia akan naik seluruh badan sampai tapak kaki n amik masa utk sembuh n baby pun xaktif sgt..aisyah dulu masa naik ruam tu aktif je n xmenggaru pun..apapun semoga anak2 kita sentiasa sihat selalu..mcm ni rasanya jadi ibu kan..setiap masa risaukan anak:)...take care dear

azira rais said...

Salam Zila,

terima kasih atas pandangan...Zira pun mula2 ingat ruam jer, tp bila refer Dr, Dr kata campak dan zira tanya jugak berapa lama tempoh masanya n Dr kata selalunya baby cepat sembuh berbanding dengan org dewasa atau budak yg lebih besar....Zirapun xtau jugak, x kisah mana2 asalkan dia sentiasa sihat kan...

azira rais said...

Armouris,

thanks armouris bg link yg amat berguna.... (^_^)

Rodiah Sabri said...

Hi,sy terbaca entry ini. Actually anak sy - 8 bulan pn demam 3ari pastu kuar rashes. Sy ingt cmpak then g jumpa doctor. Die kate bkn campak but affect dr demam panas...kuar rashes.

Doc kate klu campak (measles), mata die merah n mulut juga sakit xleh susu n mkn.but as advised by my mom, sy bg air kelapa jugak. Because certain GP would not declared as campak since imunisasi has been given to every citizen..

azira rais said...

Rodiah Sabri,

Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya...betul 2, saya juga pada awalnya keliru jugak bila Dr kata campak...tp actually sebenarnya adalah kesan dari demam panas tu...lagipun kalo campak, xkan sekejap sangat baiknya kan...Btw, thanks sebab drop ur comment...

pak wan said...

Baby pun tgh kena ni.. 7,5 mths.. dia kata viral infection lepas demam panas 3 hari... tapi dgr dia murmur campak jugak senyap2..., farmisi jauh la plak... sapu bedak sejuk jek lerrrr....