wajah anak umi yg bad mood di ari Selasa
wajah2 kesayangan umi....love daddy n adik so much
Bismillah dan salam buat semua.....
Isnin lepas, iaitu 2 hari sebelum anakanda tersayang menginjak usia 5 bulan pulang dari nurseri umi pegang badan dan kepala anak umi ni seakan panas...Segera umi ambil termometer dan sukat suhunya 36.8 darjah celcius (rasanya belum consider demam), lantas umi terus memasak dan membasuh baju Safiyya.....
Ketika memasak, Safiyya dijaga oleh adik saya iaitu Chik As Safiyya tapi dapat saya dengar dengan jelas Safiyya sering saja batuk dan membuatkan hati saya tidak tenang. Segera saya masak dengan kadar yg cepat kerana ketika ini saya mendengar Safiyya dah mula merengek2. Sangkaan saya Safiyya mengantuk ingin tidur sahaja namun dia merengek terus-terusan. Suami pulang malam itu, terus saya khabarkan kepada suami situasi anakanda tersayang namun berkali2 suhu badannya saya ambil dan paling tinggi suhunya cuma 36.9 darjah celcius sahaja. Jam 9.00 malam Safiyya menunjukkan tanda2 hendak tidur tapi dia masih tidak selesa dan merengek2 dan lantas kami suami isteri putuskan untuk membawanya ke klinik berhampiran.
Jam 9.30 mlm kami tiba di klinik dan kami tidak menunggu lama terus dapat berjumpa Doktor. Ketika diperiksa, Safiyya tidak duduk diam, ditepuk2 tangan Dr yg memeriksanya hinggakan Dr kata x macam demampun aktif semacam, aduhai anak umi sayang suka sgt tepuk2 orang yer....Pulang dari klinik Safiyya tidur seperti selalu tapi dia seakan serba x kena, dalam matanya terpejam dia merengek2 ke kiri dan ke kanan. Saya juga tidak lena dibuatnya kerana sekejap sekejap saya mengambil suhu badannya. Bila dilihat mula mencecah 37 darjah celcius, saya mula tuam pelipat sendinya dgn tuala basah dan melumur air asam jawa di dahinya.
Ari Selasa pagi, setelah berbincang dengan suami saya putuskan untuk bercuti menjaga Safiyya pada hari tersebut. Seharian bersama dengan anakanda tersayang, dia kelihatan aktif cuma sesekali akan merengek. Setelah keadaannya kekal aktif, saya memutuskan untuk kembali bekerja pada keesokan arinya.
Ari Rabu, saya kembali bekerja seperti biasa namun di sebelah petangnya saya membawa anak saya ke KK Presint 9 untuk check-up bulanan dan mendapat suntikan imunisasi. Ubat demam / tahan sakit dibekalkan kepada saya sebab saya memberitahu anak saya batuk dan selsema ari sebelumnya. Malam itu, sekali lagi Safiyya merengek2 dan tidak boleh tidur. Puas di cari posisi tidur kegemarannya namun dia tetap x selesa. Lantas jam 11.30 malam kami suami isteri ke Hospital Putrajaya kerana risau sekiranya Safiyya tidak boleh tidur disebabkan hidungnya tersumbat. Seperti biasa, suhu badannya tidak tinggi dan cuma dia tidak selesa disebabkan oleh selsema dan batuk.
Ari Khamis dan Jumaat, umi Safiyya bercuti untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada anakanda tersayang.
Ari Sabtu dan Ahad, Safiyya kembali aktif walaupun masih selsema dan batuk namun senyuman dan kadangkala gelak tawanya membuatkan hati umi terhibur. Dan apa yg membuatkan anak umi lebih gembira apabila dikelilingi oleh orang ramai apabila keluarga mertua saya berkunjung dan tidur di rumah.
Umi dan daddy doakan Safiyya lekas sembuh, umi tahu anak umi kuat....umi dan daddy sayangkan Safiyya tau...
No comments:
Post a Comment