Tuesday, May 29, 2012

Hujung Minggu Yang Indah

Bismillah dan salam buat semua.....

Sampai terlena anak umi ni menunggu giliran kt
imigresen
Last week terasa hujung minggu kami sekeluarga diisi sepenuhnya oleh kami sekeluarga dgn pelbagai aktiviti. Yang paling penting dgn kelapangan masa suami tercinta. Bukan apa, kadang2 hujung minggu suami perlu ke pejabat untuk menyiapkan kerjanya. Kalau ada di rumah sekalipun kadang2 suami membuat kerja. Apabila suami tidak kerja, apalagi sepenuhnya masa diperuntukkan dengan si manja tersayang la jawabnya....

Hari Sabtu agenda kami agak padat, bermula seawal jam 9 pagi kami menerjah ke Pejabat Imigresen sehingga jam 1 petang. Sangkaan kami orang x ramai, rupa2nya kami sampai no giliran kami 155 dan 156, jenuh menunggu la jawabnya. Ada rasa mcm nk balik tp terpaksa jugak menunggu sebab kami perlu selesaikan urusan tersebut dalam minggu itu juga. Sampaikan si manja dah beberapa kali mengamuk n tertidur la kt situ dibuatnya. Sampaikan kami terpaksa breaklunch sekali kat situ sementara menunggu giliran, mujurlah Presint Diplomatik tu ada byk kedai makan n pilihan kami adalah nasi arab. Kesian Safiyya terjelir2 lidah melihat kami menjamu selera....sabar ye sayang, nanti dah 6 bulan umi b
agi adik makan tau......

Selesai urusan di imigresen jam 1 petang, kami ke Perodua Subang Jaya.Niat di hati nk tukar tayar dengan member lama tapi disebabkan masalah salah bagi no telefon dan suami dah penat menunggu akhirnya kami pulang semula ke Putrajaya dan servis kereta di Desa Pinggiran Putra jer. Menunggu juga sampai jam 6 ptg dan selepas itu kami ke Bangi untuk tukar tayar kereta. Time kat sini Safiyya agak selesa kerana ruang menunggu agak selesa dan dia dapat berbaring, meniarap dan bermain. Kalo dlm dukungan umi dia payah sikit sbb dia x leh bergerak bebas, hehhe......Selesai urusan jam 7.30 malam.


yeayy, dapat jugak saya berbaring arini
setelah seharian umi dukung n daddy dukung...
kesian umi n daddy

Pulang ke rumah untuk bersihkan diri dan solat kemudian kami ke Klinik An-Nur untuk khitankan (sunat) anak perempuan kami. Awal2 saya dah pesan kt suami yg saya x nak masuk sekali sbb x sanggup untuk melihat tp suami menarik juga tangan saya menyebabkan saya terpaksa masuk juga. Syukur suami dah telefon awal, maka x perlulah kami menunggu sementara mereka menyediakan kelengkapan untuk khitankan bayi. Safiyya pula apabila dibaringkan kakinya mmg x boleh duduk diam, mujur pembantu Doktor pegangkan kakinya yg aktif itu sementara daddy dia pula pegangkan tangannya. Umi dia pulak duk menyorok belakang Dr, ehhehe.....Safiyya time khitan mmg x menangis cuma dia menjerit sebab x boleh bergerak sbb kaki dan tangannya kena pegang.....Anak umi memang kuat semangat, umi sayang kt adik ni....Selesai urusan jam 9.30 mlm dan pulang ke rumah utk berehat.

Hari Ahadnya jam 9 pagi kami keluar rumah utk ke imigresen sekali lagi. Syukur kali ni x menunggu lama dan urusan kami selesai x sampai 5 minit. Bersarapan kt kedai berhampiran pastu kami ke Mydin membeli barang rumah serba sedikit. Rupanya jam 9.30 pagipun Mydin dh buka, barula saya tahu wpun duk dekat jer, huhuhu......Petangnya kami keluar semula untuk ke rumah abg saya di Puchong. Seronok bertemu dgn Luth sbb dh lama sgt x jumpa dia. Dah boleh berjalan rupanya Luth dan semakin bijak....mana x nya, bila Safiyya nangis nak susu habis diajuknya Safiyya menangis.....Safiyya pun bukan main gembira jumpa abg Luth, apa saja aksi yg abg Luth dia buat pasti Safiyya mengekek2 gelak......



awal2 datang, muka masing2 malu2

mata sapa lagi besar?abg Luth atau adik Safiyya??yeayyy anak umi menang

TQ daddy sebab luangkan masa dgn umi n adik...we love u so much!!


2 comments:

FaR said...

Luth n safiyyan dh same besar dh..hehehe..bulat budak ni..geramnyer...

azira rais said...

Ha'ah mcm sama besar sebab Luth dah makin susut sejak dah semakin aktif....mungkin Safiyya pun mcm tu jugak kot....huhuhuh