Wednesday, May 23, 2012

Akar Fatimah

rupa akar Fatimah sebelum di rendam

 
setelah sejam di rendam

 
Bismillah dan salam buat semua....

Sedang saya membelek2 album sepanjang saya hamil, saya terpandang gambar di atas dan terdetik rasa nk share bersama kawan2........

Kawan2 kenal x dengan benda di atas tu? Mak saya kata tu la akar Fatimah dan mak saya dapat pemberian dari adiknya ketika adiknya menunaikan Haji. Kali pertama digunakan oleh kakak ipar saya yg pertama ketika melahirkan anaknya yg ketiga. Kakak ipar saya yg kedua juga pernah menggunakannya namun x sempat minum air rendaman akar tersebut kerana dia melahirkan anak sulungnya 3 minggu lebih awal dari tarikh jangkaan. Manakala kakak ipar saya yg ketiga tidak menggunakannya kerana caesarian dan terakhir saya menggunakannya. Kiranya turun temurun jugaklah nampaknya dan akan digunakan oleh kami bergilir2.....

Saya mula mengambil akar tersebut menjelang kandungan saya 7 bulan namun saya masih tidak merendamnya cuma pada 28 November 2011 saya mempunyai kekuatan untuk mula mengamalkannya. Bukan apa, kakak ipar saya kata sebaik dia mula minum air akar Fatimah terus ada cetusan untuk kelahiran buatnya. Jadi apa yang diperkatakan olehnya membuatkan saya menunggu sehingga minggu ke-38 baru saya mula minum airnya. Maka pada petang 28 November 2011 saya merendam akar tersebut dan pada 29 November 2011 ketika usia kandungan saya 37 minggu 5 hari saya mula minum air rendaman akar tersebut. Akar yg telah saya rendam semalaman saya angkat dan airnya saya masukkan dalam botol air untuk memudahkan saya meminumnya sebelum tidur. Awal2 saya boleh minum air tersebut, tapi lama-kelamaan saya minum sedikit sahaja dan selebihnya saya buat untuk sapu perut saya. Pada 9 Disember 2011, ketika kandungan saya genap 39 minggu saya selamat melahirkan anak saya. Oh ye, ketika sakit contarction juga suami menyapu air rendaman akar Fatimah tersebut di perut dan belakang saya. Alhamdulillah rasa sakit berkurang setiap kali suami menyapukan air tersebut. Wallahualam.........




1 comment:

nana said...

As salam..akar fatimah ini boleh diamalkan ketika dan cecah 37w.krn ada stgh org 37w dh ada nk terbersalin..tp seelok2nya lewatkn lagi sehingga dh due atau dh turun tanda ~ keluar air @ darah dari faraj. Atau dh start sakit atau bukaan dh buka.. Akar fatimah ni hendaklah dibilas kemudian direndam air biasa yang bersuhu bilik. Cukup rendam semalaman sahaja. Air rendaman ni dijadikan air selusuh.jika nk rendam dgn air zam2 lbh bgus.Jika ingin rendam lama simpan peti sebab ia x de pengawet bimbang berlendir dan masam.. Jika itu berlaku, cuci dan rendam kembali.. Minum 1 cawan sehari.. Boleh juga dibuat mandi...

Selepas digunakan akar fatimah ini dijemur kering dan disimpan dalam bekas bersih. Pastikan betul2 kring baru simpan jika tidak nnt bekulat.. Akar ini boleh digunakan untuk anak2 seterusnya.. Boleh dijadikan warisan turun termurun.. Selain itu ia boleh digunakan untuk mengecutkan rahim.. Semasa pantang rendam dengan air panas dan minum 1 cawan sehari..

Namun bgitu stp org rezeki bersalinnya berbeza2..ada yng mudah ada yg sukar.. Malah stp anak pun rezekinya tidak sama..kita usaha shj selebihnya Allah Maha Kuasa yang menentukan

Ada juga genggam fatimah seakan2 akar fatimah tp warnanya hitam dan lebih bersimpul rasanya pula agak meloyakan.akar fatimah yang untuk bersalin sepatutnya bqerwarna hijau2 kekuningan ketika ia muda.. Berwarna coklat cair atau oren ketika matang.. Dan agak hitam ketika tua... Rasanya.seperti teh tanpa gula... Ini tak sesuai. .digunakan oleh wanita mengandung.. Yang ini diambil dari pergunungan berapi..

Bagi yang nak dapatkan akar fatimah ori dari mekah @ madinah boleh sms or whatsapp Pn Mardhiah 0194344930..