Friday, August 23, 2013

Perjalanan Penyusuan Nusaibah Safiyya

rindukan momen sebegini

anak yg membesar dgn susu ibu

bobot


Bismillah dan salam buat semua....
 
Mmm, sebenarnya terasa berat untuk mencoret catatan yg satu ini kerana bagi saya ia merupakan kegagalan saya sebagai seorang ibu untuk menunaikan hak terhadap anak saya dan membuatkan diri saya sentiasa diseleubungi rasa bersalah dan berdosa kepadanya. Namun, saya cekalkan juga untuk menuliskan sekadar ingatan buat diri saya sendiri dan pengajaran yg berguna buat saya.
 
Alhamdulillah, sebaik saya melahirkan Nusaibah Safiyya tanggal 9 Disember 2011, jam 8.20 mlm dan ketika masih di dalam labor room lagi saya telah berjaya menyusukan Safiyya dengan pertolongan dan tunjuk ajar dari nurse. Terasa sebak dan terharu apabila melihat Safiyya menyusu dengan susu ibu dan berkali kali jugalah saya mengucup dahinya dan mengucapkan betapa saya ingin menyusukannya lengkap 2 tahun. Sepanjang penyusuan, saya akui ada pahit manisnya juga. Bukan tidak pernah Safiyya tiba-tiba tidak mahu menyusu direct dengan saya di taska, bukan tidak pernah puting saya sampai melecet, bukan tidak pernah susu saya merudum disebabkan berpuasa dan bukan tidak pernah saya stress utk mengepam disebabkan masalah pam. Walaubagaimanapun tidak pernah sekalipun saya miss untuk turun menyusukan Safiyya pada waktu tengahari wpun ada masa saya perlu ke KL atas urusan kerja. Sesi mengepam sebanyak 2 kali di pejabat juga saya tidak pernah tinggal untuk memastikan bekalan utk Safiyya mencukupi. Safiyya agak bijak orangnya, dia memilih untuk minum susu segar sahaja menyebabkan susu2 EBM yg saya simpan dalam peti sejuk yg beratus2 tu xpired dan terbuang begitu sahaja. Hati mana yg tidak sedih melihatkan titisan emas dibuang begitu sahaja, namun saya redha kerana saya tahu ada hikmah di sebaliknya. Disebabkan Safiyya memilih untuk minum susu yang baru diperah sahaja menyebabkan saya tidak boleh miss mengepam walau sesibuk mana sekalipun. Pernah juga pam buat hal tidak boleh menyedut seperti biasa, terasa ingin menangis mengenangkan tidak dapat memberi bekalan susu kepada Safiyya namun Allah Maha Adil, ada sahaja jalan penyelesaian yang ditunjukkan kepada saya.
 
Sepanjang menyusukan Safiyya, walaupun dia tidaklah termasuk dalam kategori chubby namun saya puas melihat dia membesar dengan susu saya sahaja. Genap tempoh 6 bulan barulah saya mula memperkenalkan makanan kepadanya. 6 bulan pertama memperkenalkan makanan mmg semuanya saya masak sendiri tanpa sebarang gula dan garam dan membawa bekal untuknya di taska. Tidak mahu menyusahkan pengasuh, saya sendiri menyuapkannya di waktu pagi dan tengahari agar saya merasa puas dapat menyuapkannya makan dan dalam masa yang sama saya dapat meluangkan masa untuknya. Apabila menyusukan Safiyya, terasa Safiyya rapat dengan saya berbanding dengan daddy nya. Sesuatu yg amat dicemburui oleh suami saya, hehehe.....itulah perasaan indah menjadi seorang ibu.

Namun, sejak awal bulan 1 tahun 2013 tiba-tiba sahaja susu yg setiap hari saya pam semakin hari semakin menyusut. Sangkaan saya hari pertama sahaja menyusut disebabkan ari Isnin, namun apabila genap seminggu saya hanya mampu mengepam sebanyak 3oz untuk sebelah kiri dan kanan untuk setiap sesi mengepam sedangkan sebelum ini saya Berjaya maintain untuk mendapat 5 oz setiap belah untuk satu sesi. Bermula dari situ hati saya rasa x tenang dan petang harinya saya mengajak suami ke Alamanda. Saya membeli pregnancy test secara sembunyi2 tanpa pengetahuan suami namun sebaik je keluar dari farmasi apabila suami bertanya terus laju je mulut saya menjawab membeli pregnancy test, huhuhuhu.....Saya menunggu sehingga hari Jumaatnya (mengambil berkat hari Jumaat) untuk menguji dan memang benarlah sangkaan saya yang saya sedang hamil. Sejak melahirkan Safiyya, saya akui memang saya tidak didatangi haid langsung dan itu menyebabkan saya tidak menyedari bahawa diri ini telah hamil.

Keputusan yg amat sukar sekali bagi saya...saya ingin meneruskan penyusuan dan dalam masa yang sama saya gembira dan bersyukur diri ini hamil semula. Maka bermulalah keputusan yang amat berat saya lakukan. Memandangkan Safiyya hanya minum susu yg baru diperah sahaja, maknanya susu yang tidak dibeku saya akui agak sulit untuk saya hadapi masa bersalin nanti apabila Safiyya ingin menyusu. Yela, saya di hospital macam mana Safiyya nak menyusu nanti. Saya memang berfikir panjang ketika ini, walaupun saya baru disahkan hamil saya dah fikir saat2 kelahiran adiknya nanti. Disebabkan memikirkan itulah maka saya terpaksa memperkenalkan susu formula kepadanya. Genap usianya setahun 2 bulan dengan rasa berat hati saya memperkenalkan susu formula kepadanya. Pertama kali memberinya susu, bergenang airmata saya dibuatnya.....diri ini terasa sebak dan bersalah kerana tidak menunaikan haknya untuk tempoh 2 tahun. Saya rasa berdosa sangat kepadanya, saya suarakan kepada suami, dan suami memujuk hati saya. Katanya, insya-Allah yg ketiga kita rancang elok2 dan kalau boleh biarlah anak dapat menyusu lengkap 2 tahun. Mendengarkan katanya, saya terasa lega. Bukan apa, saya tidak mahu dihantui perasaan bersalah dan berdosa kepada anak kerana tidak menunaikan hak mereka.

Percubaan pertama memberi Safiyya susu formula bukanlah sesenang yg dijangka, dia muntah2 dan menolak mahukan menyusu badan juga. Suami memberinya juga dia tidak mahu dan hanya main2 sahaja. Sudahnya saya mengambil alih tugas memberi susu kepadanya. Apa yg saya buat, setiap kali memberinya susu formula, saya akan berbaring bersamanya. Sambil menghisap susu, sambil dia membelek tangan dan mengusap wajah saya sepertimana apabila dia menyusu badan. Dengan cara itu dia masih dapat mencium bau saya dan dia tidak akan rasa terasing apabila tidak lagi menyusu badan dengan saya. Alhamdulillah sekarang Safiyya mahu menyusu dengan susu formula (walau dalam hati sentiasa sebak melihatkannya). Sesekali apabila dia minta susu badan saya tetap bagi sehinggalah Safiyya berusia setahun 7 bulan dan ketika itu saya telah hamil 8 bulan. Memang terasa perit sesangat apabila Safiyya menghisap susu badan dan kadangkala saya sendiri minta Safiyya supaya stop kerana tidak tertahan pedihnya. Pernah juga baru2 ini dia minta untuk menyusu badan tetapi saya terpaksa menolak kerana saya sudah sarat dan tidak sanggup rasanya menahan rasa perit dan pedih apabila dia menghisapnya.

Orang kata apabila anak menyusu badan, anak akan rapat dengan ibunya dan apabila anak minum susu formula, anak akan rapat dengan ayahnya namun saya lihat Safiyya tetap rapat dengan saya walaupun dia minum susu formula. Tidur malam dia tetap ingin memeluk tangan saya dan bukan tangan daddynya. Insya-Allah saya akan sentiasa mencurahkan kasih sayang kepadanya selagi hayat dikandung badan. Maka, genap usianya setahun 7 bulan, tamatlah penyusuan Safiyya dengan susu ibu....




p/s:

Safiyya sayang, andai kakak baca coretan umi suatu hari nanti umi harap kakak faham kenapa umi tidak dapat menyusukan kakak 2 tahun. Umi harap kakak tidak marahkan umi dan ketahuilah bahawa keputusan yg umi lakukan teramat sukar utk umi ambil dan umi rasa berdosa pada kakak.....maafkan umi ye sayang....umi love u so much my dear!
 
 
 
 

No comments: