Monday, August 5, 2013

Corat Coret Ramadhan 1434


Raya tahun lepas...tp gambar Safiyya blur sbb dia x leh duk diam.....eee, geram
 
Bismillah dan salam buat semua....
 
Insya-allah lagi 3 hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Hati terasa sayu plak untuk meninggalkan Ramadhan, semoga Ramadhan ini bukanlah yang terakhir buat kita semua. Alhamdulillah tahun ni, dapat juga menunaikan solat Terawih secara berjemaah di Masjid Putra. Perasaan yang sungguh indah sekali. Walaupun terpaksa berjalan jauh, namun tidak terasa langsung kepenatannya. Safiyya pula Alhamdulillah pandai membawa diri tatkala umi dia solat dan saya juga tidak terlalu risaukan dia merayap jauh. Namun, saya hanya terdaya menunaikan solat terawih di hujung minggu sahaja, ralat sungguh rasanya. Ini kerana pada hari biasa Safiyya tidur jam 8.30 mlm  atau 9.00 malam.
 
Sepanjang bulan puasa ni, hujung minggu sahaja saya memasak. Hari biasa saya tidak berkesempatan untuk memasak kerana masa lebih ditumpukan untuk Safiyya, plus saya tidak mampu berdiri lama di dapur kerana sakit pinggang n belakang. Sepanjang bulan puasa ni juga, adalah 3 kali berpeluang berbuka puasa di luar. Sekali bersama sahabat2 suami di Restoran Arab d Café, Shah Alam, sekali di Saloma Bistro, Jalan Ampang atas jemputan boss suami dan yang ketiga semalam di Kampung Melayu Subang bersama sahabat2 suami di KUITTHO. Alhamdulillah, sehingga kini saya masih berpuasa penuh dan tidak pernah miss bersahur. Terasa kandungan kali ini lebih besar berbanding ketika mengandungkan Safiyya. Alhamdulillah hari ni kandungan saya genap berusia 35 minggu. Terasa nervous jugak, tapi dalam masa yang sama perasaan takut tetap ada dalam diri. Semoga adik Safiyya keluar bila tiba masanya yang sesuai dan semoga segalanya dipermudahkan buat saya dan baby nanti...Amin....
 
Mengenai persiapan raya, Alhamdulillah minggu lepas telah selesai misi pencarian ketika di Sungai Petani, Kedah. Kebetulan saya outstation ke sana, terus ambil kesempatan untuk membeli persiapan raya di sana sekali. Dah ada anak ni, persiapan anaklah diutamakan. Baju suami juga dah selesai, cuma masih mencari seluar jeans untuknya. Untuk saya pula, memadai dengan 2 jubbah sahaja. mmm dah x muat baju, jubbah ajelah menjadi pilihan hati. Jubahpun kena try dulu sebab kebanyakan jubbah saya yg sedia ada semuanya dah senteng kat depan gara2 perut yang semakin membesar dengan jayanya. Check it out, persiapan raya kami :
 
a) Safiyya - baju n seluar (3 pasang), gown (4 pasang termasuk 2 yang opah belikan), baju kurung sepasang, kasut sepasang (Bata), stoking (2 pasang);
 
b) Daddy - baju t-shirt (3 helai), baju Melayu (sepasang), jeans (dlm proses mencari);
 
c) Umi - Jubah (2 pasang);
 
d) Kuih - beli 1 kuih sahaja, dapat 2 kuih dari PIDM n 2 kuih dari BSN (tq so much....);
 
e) Bapak n abah - beli t-shirt di Sogo
 
f) Mak n mak mertua - beli di Ipoh nanti....
 
g) Duit raya - Alhamdulillah dah siap tukar... :-)
 
Rasanya tu jer kot, misi harini adalah untuk mengemas beg untuk balik ke kampong. Walaupun cuti x lama tapi peluang untuk bersama keluarga tidak akan dilepaskan. Paling x sabar nak makan rendang n lemang.....Harap adik Safiyya dapat bersabar yer, jangan keluar sampailah umi dapat makan lemang n rendang, hehehe......Selain dari beg kami, suami juga dah pesan suruh standby sekali beg ke hospital....mana tau kan, kita hanya mampu merancang....Tuhan jua yg menentukan segalanya.... (^_^)....Insya-Allah lepas berbuka malam esok, kami bergerak pulang ke Ipoh....semoga perjalanan kami dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi dengan selamat. Buat kawan2 semua, berhati2 di jalan raya dan Selamat Hari Raya kami ucapkan buat semua. Ampun dan maaf di atas segala kesalahan yang kami lakukakan sama ada sengaja atau tidak kami sedari dan halalkan juga makan minum kami.
 
 

2 comments:

FaR said...

jangan lupe simpan duit raya untuk Ateh. hehe

azira rais said...

Ana Mutalib,

insya-Allah kalo time tu stok duit raya ada lagi...hehehe!