Thursday, July 21, 2011

Luahan Hati Seorang Anak part II



Bismillah dan salam buat semua.....

Pagi ni saya bukanlah dalam mood sedih atau apa tp tiba2 terdetik di hati memandangkan mertua saya ingin berkunjung ke rumah kami pada hujung minggu ini...Saya merasakan seperti bersalah kerana ibu bapa saya mahupun ibu bapa mertua yg terpaksa ke sini melawat anaknya, sedangkan sepatutnya saya sebagai anak yg pulang ke kampung halaman bertemu mereka....terasa diri ini serba kekurangan dan kurang bertanggungjawab pulak....Sejak suami saya bekerja, jarang sekali hujung minggu dia ada di rumah.....cuma minggu lepas sahaja suami tidak bekerja, namun minggu lepas saya pula terlibat dengan komitmen kerja...Niat di hati hendak pulang ke Ipoh lepas selesai urusan saya, tetapi ada tetamu yg hendak datang ke rumah kami...lagi pula suami ada urusan utk bertemu sahabat2nya....maka hasrat utk pulang ke Ipoh tertunda sekali lagi....

Maafkan kami mak bapak, mak abah sebab kami x dapat pulang buat sementara waktu...insya-Allah keadaan mengizinkan nnti kami akan pulang ke Ipoh.....mohon kemaafan dan mohon pengertian dari kalian semua......kalo boleh memang kami x nk smpi menyusahkan mereka smpi terpaksa dtg jauh2 semata2 nk bertemu dgn anak menantu, tp kami juga faham mereka juga merindukan pada anak2 mereka sepertimana kami merindukan mereka....mana puas kalau sekadar bertanya khabar hanya di telefon....walau dari kejauhan kami tetap mendoakan kesejahteraan dan kesihatan ayah bonda.....kami sayang kalian semua.....mudah2an kita senantiasa dilindungi oleh Yang Maha Esa.....


p/s:


setiap kali bapak telefon, mesti saya rasa sebak sebab saya tau bapak rindukan anaknya ini...sebab tu kdg2 bapak ckp sekejap jer, bapak suh saya bercakap dgn mak jer.....huhuhu, sob sob



2 comments:

Pija Madzlan said...

Kerana mereka memahami tu lah mereka dtang :) mereka pun mahu berjalan2 juga... :))

azira rais said...

Kak Pija,

sejuk ati baca kak Pija ckp mcm tu...mudah2an la mereka x terasa hati dgn kami...Amin...